Pengenalan
Maksud perkataan brace adalah / The meaning of brace is
pasang,
tali bawat, pendakap gigi, mengukuhkan, menyokong, sesuatu yang
digunakan sebagai pengikat, alat untuk meluruskan gigi, tupai-tupai,
pasang (imbuhan)
Hukum Penjagaan Braces
Hukum asal memakai braces / pendakap
gigi ini adalah harus.. bukan haram seperti yang selalu disalah anggap..
Ini kerana illah (sebab) asal pemakaian braces ini adalah untuk tujuan
perubatan.. Iaitu untuk memperbaiki struktur gigi.. Kalau struktur gigi
tak tersusun, maka pelbagai masalah akan timbul.. Contohnya makanan yg
melekat di celah2 gigi yang mana berus gigi pun sukar untuk
membersihkannya, akan menyebabkan kehadiran bakteria.. seterusnya
menyebabkan mulut berbau longkang.. dan akan menjadi gangguan bagi
rakan2 dan keluarga..
Namun begitu, ada satu larangan dalam hadis.. iaitu larangan menjarangkan gigi.. iaitu untuk tujuan kecantikan..
“Allah melaknat wanita yang membuat
tattoo dan wanita yang telah memakainya, wanita yang mencabut bulu di
wajahnya dan wanita yang telah melakukannya, dan wanita yang meluaskan
jarak di antara gigi mereka atau orang lain bagi tujuan kecantikan,
menukar apa yang Allah telah ciptakan” (HR. Muslim)
Maka, jika memasang braces untuk menjarangkan gigi (untuk tujuan kecantikan), hukumnya adalah haram..
Untuk mengelakkan perkara ini, maka
pakailah braces dengan niat untuk memperbaiki gigi, dan bukannya dengan
niat nak mencantikkan gigi (menjarangkan gigi)..
Kadang2 ada gak orang pertikai.. orang kata, bukankah memakai braces itu tujuannya adalah untuk mencantikkan gigi?
Di sinilah kita akan nampak kepentingan
niat.. Niat untuk memperbaiki struktur gigi itu menjadikan hukum memakai
braces menjadi harus.. dan kita cuma perlu berpegang dengan niat kita
kerana Allah, kerana hukum itu tidak tertakluk kepada manusia
Tips Penjagaan Gigi Bagi Pemakai Pendakap Gigi
Berikut saya senaraikan cara – cara dan tips yang saya amalkan untuk menjaga kebersihan gigi sepanjang masa.
- Sentiasa memberus gigi ataupun berkumur selepas makan.
- Menggunakan berus gigi khas, Berus Interdental untuk membersih di celah gusi, gigi dan dawai braces.
- Menggunakan flos gigi untuk membersih dikawasan yang sukar dicapai oleh berus gigi.
- Berkumur dengan ubar kumur berfluorida seperti jenama Listerine & Colgate Plax
- Cuba untuk mengelak makan makanan keras dan minuman manis, bergas dan minuman berwarna. Ini kerana minuman dan makanan tersebut dapat mengurangkan tahap kebersihan gigi anda. Cuba elak, sekali sekala tak kisah
Jadi itu dia, 5 amalan saja penjagaan
rapi yang amat penting yang perlu anda ikut jika anda memakai pendakap
gigi ortondik. Dengan perhatian lebih kepada gigi anda, insyaAllah anda
sebenarnya dapat mengelakkan kerosakan pada gigi dan gusi. Boleh tonton
video dibawah untuk keterangan lebih jelas. Selamat mencuba!
Betway mobile casino - JTM Hub
ReplyDeleteThe mobile 출장샵 app will have 서울특별 출장안마 access to 충주 출장마사지 the 제천 출장샵 mobile and live dealer games available via the main Betway mobile app for Android and iOS devices. Betway 김포 출장마사지 is part of the